top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Peningkatan kes di Selangor, Anwar Ibrahim terus menyalahkan Kerajaan Pusat

26 Julai 2021

Anwar ibrahim koyak apabila disebut mengenai kes Selangor meningkat terus tiba-tiba dan sekeras-kerasnya menuduh masalah COVID-19 di Selangor hari ini berpunca daripada prestasi Dato’ Menteri Besar Selangor sebelum ini, bukan Menteri Besar hari ini.


Jika Ketua Pembangkang pun mentalitinya terus menerus menyalahkan orang lain demi kepentingan politik, tak hairan lah kes di Selangor tak dapat di atasi dengan baik.


Ini beberapa cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor oleh Chegu Bard sendiri melalui laman facebooknya untuk menyelesaikan masalah COVID-19 di Selangor :


1. Bubar Task Force COVID-19 Selangor dan jalinkan kerjasama konstruktif dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk banteras COVID-19.


2. Batalkan SELANGKAH & gunakan MySejahtera untuk contact tracing yang lebih efektif dan pantas.


3. Batalkan Program Selvax. Tak perlu jual vaksin & fokus kepada keuntungan. Fokus kepada usaha meningkatkan kapasiti pemberian vaksin kepada rakyat, itu lebih utama.


4. Jika kerjasama erat antara Persekutuan & Negeri dapat dilaksanakan, program saringan percuma dengan belanja lebih RM 10 juta & program jual vaksin demi keuntungan tak perlu dijadikan keutamaan. Maka, lebih banyak program untuk bela & santuni kebajikan rakyat Selangor dapat kita laksanakan.



Apa kata rakyat Selangor ?



--PN Online

bottom of page