top of page
  • cik skod

Penjelasan Menteri Agama isu tular pelakon cilik


SAYA ditanyakan wartawan berkenaan isu yang tular apabila seorang pelakon cilik yang mendedahkan isu yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Saya juga mengambil maklum atas tularan yang sedang diperbualkan warga netizen. Saya telah menjawab respons dengan laporan polis perlu dibuat kerana ianya terkandung jenayah seksual yang diperuntukkan undang-undang yang berat bagi kesalahan yang dibuat. Saya lebih khuatir ancaman dan keselamatan gadis ini apabila mendedahkan perilaku ayahnya diumumkan dalam pentas yang terlalu terbuka.


Kita tidak tahu implikasinya apatah lagi berhadapan dengan keganasan dan kewarasan seseorang manusia yang tidak terjangka.


Pihak berkuasa terutamanya pihak polis boleh bertindak sewajarnya apabila dibuka kertas siasatan dan boleh membuktikan kebenaran dan kesahihan setiap kesalahan yang dilakukan. Apatah lagi kes ini adalah kes yang melibatkan ibu dan bapa kandungnya. Aib keluarga perlu sangat untuk dijaga kerana usia gadis ini masih muda.


Banyak lagi perkara yang bakal ditempuh bagi seorang anak muda dan laporan pada pihak berkuasa perlu dibuat agar masa depan insan teraniaya seperti ini mendapat pembelaan sewajarnya.


Aib dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza, tapi terkait antara satu sama lain bila ianya dibacarakan dalam bab undang-undang. Mungkin tajuk berita agak sensasi, tapi pastinya Islam memberi ruang penyelesaian yang lebih tuntas.


Saya juga difahamkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia untuk membantu jika laporan dibuat dan boleh diberi perlindungan sementara siasatan dijalankan terhadap mangsa ini. Insya-Allah saya juga boleh membantu dengan autoriti yang ada sebagai seorang Menteri.


Negara kita punyai undang-undang. Kita perlu mendahului suatu perkara yang tepat untuk menatijahkan kebenaran. Wallahualam.

bottom of page