top of page
  • admin

Penumpang terkandas 8 jam: Malindo Air mohon maaf


KUALA LUMPUR, 27 Dis-Menteri Pengangkutan telah mengarahkan pengurusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk memohon maaf kepada semua penumpang yang terkandas di lapangan terbang baru-baru ini. Pengguna terkesan akan segera dihubungi, untuk memohon maaf. Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas beliau menghubungi pihak pengurusan syarikat penerbangan itu. Anthony memberi respons tersebut menerusi ciapan di Twitternya, pada Isnin susulan aduan seorang pengguna Twitter, Mohd Firdaus Jailan yang juga merupakan penumpang yang terkesan akibat insiden berkenaan.


Jumaat lalu, Firdaus meminta Loke melakukan tindakan segera mengenai pengurusan Malindo Air yang didakwa tidak menjaga kebajikan penumpang apabila pesawat yang dijadualkan untuk mereka tergendala lebih 8 jam.


Video rungutan individu itu juga tular di media sosial menyebabkan orang ramai turut menggesa kerajaan memberi perhatian mengenai perkara itu.


Video itu telah menerima lebih 188,000 tontonan dan lebih 1,200 tanda suka apabila menunjukkan penumpang yang terkandas tidur di atas bangku berhampiran pintu berlepas di KLIA.

bottom of page