top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Penutupan premis judi dan nombor ekor adalah wajar untuk elak perkara mungkar


Kedah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain menghadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri berkuatkuasa serta-merta.


Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco minggu lalu bagi mengelak mudarat yang lebih banyak kepada penduduk.


"Bilangan lesen premis judi di negeri Kedah ketika ini saya tidak ada angka, tapi mana-mana lesen premis yang telah tamat tempoh selepas ini tidak akan diperbaharui lagi untuk operasi perjudian.


"Saya bukan kata tutup tapi saya tidak bagi lesen premis, mula dengan tidak diberi lesen kemudian itu mereka tidak boleh beroperasilah, kita mahu capai sifar judi pada tahun depan," katanya pada sidang media selepas membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.


Sanusi berkata langkah itu bertujuan untuk menangani gejala sosial yang disebabkan oleh perjudian, seperti keruntuhan institusi keluarga.


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dilontarkan dengan soalan 'provokasi' sebagai usaha untuk menjadikan parti Islam itu kelihatan buruk di mata masyarakat bukan Islam.


Tanpa perkenalkan diri, terus menuduh adakah isu penutupan kedai judi dan arak akan menjejaskan hak bukan Islam di Malaysia.


Apa yang mengejutkan dia (wartawan), apabila YB Ustaz Idris tanya soalan yang terlalu sentap apabila dia terus menggasak seolah ‘memaksa’ yang akhirnya memberi imej buruk PAS kepada rakan bukan Islam,


‘You setuju tak kalau suami you kaki judi?’


Soalan yang dijawab dengan soalan setelah YB Ustaz Idris telah dengan sopan menjawab bahawa judi ini bukan amalan mana-mana agama apatah lagi dijadikan budaya.


Soalan provokasi yang diajukan oleh Ustaz Idris itu adalah wajar kerana wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa apabila suami menjadi kaki judi.


Ini adalah gambaran bagaimana seorang pemimpin perlu selamatkan semua keluarga di Malaysia supaya menjauhi judi dengan takluk kuasa yang ada.


Wanita jadi mangsa amukam suami yang berhutang dengan amalan judi. Kanak-kanak menjadi mangsa amarah ibu ayahnya krn tekanan hutang yang kaki judi. Ada yang bunuh diri sebab selalu kalah judi.


Jangan di provok dengan kepentingan politik dengan memangsakan rakan-rakan bukan Islam seolah judi ini adalah budaya dan hidup mereka!


Kasihani anak-anak, isteri dan suami rakan-rakan kita dengan selamatkan mereka daripada bergelumang dengan tahi judi.


Namun, ia tidak menjadi masalah bagi UMNO, kerana mereka tiada niat langsung untuk menjadi kerajaan Islam apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan selamba berkata:


“Kita bukan hendak menubuhkan kerajaan Melayu, kita bukan hendak menubuhkan Kerajaan Islam, tapi kita nak tubuhkan kerajaan Barisan Nasional yang berbilang kaum dalam Malaysia,"



Malah menteri DAP, Lim Guan Eng juga turut membantah penutupan kedai judi dan mempersoalkan adakah ini cara “Kerajaan Malaysia” berkerja?



"Ini tidak kena dengan semangat Keluarga Malaysia". - Lim Guan Eng


Adakah mereka tidak sedar berapa banyak keluarga di Malaysia yang hancur kerana judi?


Berapa ramai isteri yang sengsara dipukul suami akibat kalah judi?


Kaum wanita wajar tolak Pakatan DAP kerana hakikatnya mereka lebih sayangkan Tauke Judi berbanding Keluarga Malaysia.




Arissa Azman.

Mewakili suara wanita generasi muda.

bottom of page