• newsatmy

“Penyanyi bukan jukebox, masuk duit terus perfect setiap masa” -

25 Mac 2021

Penyanyi Ziana Zain memberitahu masalah pada peti suara seperti yang dihadapi Nabila Razali adalah perkara yang tidak boleh dielakkan oleh seseorang penyanyi.


Menurut Ziana, dia juga pernah mengalami masalah yang sama sehingga tidak mampu untuk menyanyi lebih daripada tiga hari.


“Kena ingat, penyanyi bukan jukebox (mesin muzik) masuk duit dia akan sempurna setiap masa sebab saya juga pernah hilang suara dua tiga hari.


“Kadang-kadang nak menyanyi key biasa pun tak boleh sebab masalah pita suara. Sesiapa yang jadi penyanyi mesti tahu masalah ini, ” ujarnya.

Ziana Zain ditemui di set penggambaran drama Kampung Kolestrol arahan pengarah Shuhaimi Lua yang diadakan di Ijok, Selangor.


Dalam pada itu, Ziana berharap agar netizen memberi peluang kepada penyanyi Nabila Razali untuk memperbaiki kelemahannya.


“Apa yang kita boleh buat, bagi Nabila semangat biar dia sembuh. Dia boleh menyanyi dan dia mampu menghayati lagu, menyanyi dan feel itu adalah paling penting, ” katanya.


- Mstar.com