top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Penyanyi kumpulan 'Right Said Fred' dijangkiti COVID-19, enggan disuntik vaksin

22 Ogos 2021

PENYANYI utama kumpulan Right Said Fred, Richard Fairbrass masih enggan disuntik vaksin COVID-19 walaupun telah dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti varian Delta virus berkenaan.


Fairbrass, 67, yang terkenal melalui laju hit kumpulan tersebut pada 1991, I'm Too Sexy, dimasukkan ke hospital di Berkshire, England minggu lepas susulan kesukaran yang dialaminya untuk bernafas.


Penyanyi tersebut diletakkan di bawah pengawasan hospital berkenaan selama empat hari sebelum dibenarkan menjalani proses kuarantin di rumahnya yang terletak di Windsor.


Walaupun telah dirawat di hospital selepas dijangkiti COVID-19, Fairbrass masih enggan disuntik vaksin serta menggelarnya sebagai 'satu penipuan'.


"Vaksin ini hanya untuk tujuan eksperimen sehingga 2023 dan tiada data untuk jangka masa panjang.


"Saya hanya akan setuju untuk disuntik vaksin pada 2023 dan bukan sekarang," katanya seperti dipetik MailOnline.


Laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan England menyatakan vaksin Pfizer-BioNTech mempunyai keberkesanan 96 peratus terhadap kemasukan ke hospital selepas mengambilan dua dos manakala vaksin Oxford-AztraZenena mempunya keberkesanan sebanyak 92 peratus.


Setakat ini, kira-kira 71 peratus penduduk UK telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.


bottom of page