top of page
  • cik skod

Penyanyi popular era 80an,Aman Shah meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).


Aman Shah atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim, berusia 68 dan sebelum ini dimasukan di IJN disebabkan masalah jantung .Pada tahun lepas arwah pernah dikejarkan ke hospital disebabkan serangan jantung.


Berita duka itu disahkan oleh penyanyi terkenal yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air, Datuk DJ Dave kepada Astro AWANI sebentar tadi.


Aman Shah pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari


Aman Shah pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari. Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.

bottom of page