top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Perayaan Thaipusam: Perarakan kavadi tidak dibenarkan

12 Januari 2022

Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique mengumumkan bahawa semua kuil Hindu di seluruh negara yang bakal merayakan perayaan Thaipusam pada 18 Jan ini perlu menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Beliau menjelaskan , di bawah SOP fasa 4 PPNi bermaksud perarakan kavadi tidak dibenarkan manakala individu berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan menghadiri perayaan itu. "Semua kuil di seluruh negara akan digunapakai SOP yang sama. Cuma jumlah kehadiran penganut berbeza mengikut saiz ruang kuil," katanya dalam sidang media di pejabat HRDCorp, Kuala Lumpur.Menteri Sumber Manusia M Saravanan turut hadir dalam sidang media tersebut. Halimah turut mengumumkan bahawa pergerakan kereta pedati dibenarkan dengan bersyarat anntaranya hanya disertai oleh pihak pengurusan kuil, sementara pengunjung tidak dibenarkan termasuk dilarang menunggu di lokasi hentian kereta pedati berkenaan.

Selain itu,beliau juga menjelaskan bilangan penganut di Kuil Sri Subramaniam, di Batu Caves hanya dihadkan kepada 6,000 orang sehari

bottom of page