top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Perbalahan PH: Desak letak jawatan, jangan angkuh – Anwar

24 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia meneliti apa-apa pandangan supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) namun menegaskan desakan itu tidak dibuat secara angkuh.


Beliau berkata selepas beberapa pihak termasuk ADUN Bilut dari DAP, Lee Chin Chen mendesak Anwar untuk berundur daripada menerajui gabungan parti pembangkang itu susulan kekalahan teruk PH pada PRN Melaka 20 Nov lalu.


Beliau berkata beliau bertanggungjawab diatas kekalahan itu dan keputusan PH menerima dua bekas ADUN Umno bertanding mewakili PH.


“Itu sebab kita kena jaga. Lee Chin Chen tahu sedikit sahaja terus buat rumusan, dia kena lihat semua aspek kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak semudah itu.


Malah Pengerusi PKR Pahang, Fauziah Salleh menyelar Chin Chen berhubung desakan itu dan menyifatkan sebagai tidak beradab, angkuh dan dangkal serta tidak mencerminkan dirinya sebagai Ketua Pembangkang DUN Pahang.


Fauziah turut memberikan Chin Chen tempoh 24 jam untuk menarik balik desakannya itu namun beliau enggan.


Selain ADUN Bilut yang mendesak Anwar, seorang penganalisa politik Wong Chin Huat mencadangkan PKR bergabung dengan Amanah manakala Naib Presiden Warisan Junz Wong juga menjawap rakyat sudah menyampah dengan PH yang didakwa berulang kali memungkiri janji dan mahu melihat kepimpinan baru.


PH hanya menang 28 kerusi yang ditandingi manakala semua calon PKR tewas malah ada yang kehilangan deposit.

bottom of page