top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Perbicaraan Najib wajar ditangguh - Hisyam Teh


KUALA LUMPUR,15 Ogos :Hari ini bermula perbicaraan kes SRC International melibatkan Najib di Mahkamah Persekutuan. namun peguam Datuk Seri Najib ,Hisyam Teh Poh Teik hari ini sekali lagi menggesa agar perbicaraan dalam kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan ditangguhkan .


Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan pada 29 Julai lalu sudah menolak permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan


Hisyam Teh Poh Teik berkata, perbicaraan perlu ditangguh sehingga siasatan terhadap Hakim Bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali selesai.


“Seperti yang dijelaskan dalam afidavit pemohon (Najib) keterangan-keterangan ini mengandungi bukti material yang menunjukkan terdapat konflik kepentingan dan berat sebelah membabitkan Hakim Bicara dalam perbicaraan kes SRC.


“Oleh itu kami memohon agar permohonan ini dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai dan wajar oleh Mahkamah ini dibenarkan,” kata Hisyam Teh menurut laporan Utusan Malaysia.


Hakim Mohd. Nazlan adalah hakim bicara di peringkat Mahkamah Tinggi yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC International dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.


Hakim Mohd. Nazlan telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 4 Februari 2022.

Terdahulu, Hisyam memohon agar panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menerima masuk tujuh set bukti baharu termasuk membabitkan Hakim Mohd. Nazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.


Penguam Najib menjelaskan terdapat bukti-bukti baharu yang wajar diterima masuk bagi memastikan keadilan dapat dilaksanak kerana dikhuatiri wujud bahaya yang nyata disebabkan terdapat syak wasangka terhadap peranan Hakim Mohd. Nazlan ketika menjawat jawatan di Maybank sebagai kaunsel (general counsel).


Selain Hakim Tengku Maimun, panel turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.


Najib memohon untuk memasukkan dalam rayuan akhirnya, antaranya keterangan viva voce (lisan) pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Hussein berhubung siasatan skandal SRC International.


Selain Hisyam Teh, peguam dalam pasukan pembelaan Najib ialah Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, Rueben Mathiaravanam dan Hannah Kam.


Pasukan pendakwaan pula diketuai Ketua Pendakwa Raya Ad Hoc Datuk V Sithambaram Timbalan Pendakwa Raya Donald Joseph Franklin; Sulaiman Kho Kheng Fuei; Mohd Ashrof Adrin Kamarul; dan Manjira Vasudevan.


Najib telah memfailkan 94 alasan mengapa Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam keputusannya untuk mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi.


Sebelum ini, pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram RM42 juta dana milik SRC.


Selepas sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dikekalkan di Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

bottom of page