top of page
  • zaman

Perbicaraan SRC pagi ini,Mahkamah akan putuskan tolak atau terima bukti baharu oleh Najib


PUTRAJAYA 16 Ogos : Hari ini dijangka Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada menerima permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu dalam kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).


Peguam mewakili Najib , Hisyam Teh Poh Teik berkata, antara keterangan tambahan yang dibenar dikemukakan sebagai bukti baharu termasuk konflik kepentingan dan berat sebelah membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak tidak disediakan kepada pihak pembelaan semasa perbicaraan.


Antara bukti baharu yang ingin dimasuklah berkaitan penglibatan hakim bicara kes penyelewengan dana SRC, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam Maybank Invesment.


Ketua pasukan penguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik dijangka membalas hujahan balas pihak pendakwaan pagi ini.


Semasa perbicaraan yang bermula semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram mendakwa, mahkamah perlu menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu yang cuba memesongkan perbicaraan ini.


Sitahmbaram juga berkata,bukti tambahan ini juga adalah cubaan untuk pembelaan menyiasat konflik kepentingan yang melibatkan Mohd Nazlan.


Namun kenyataan beliau telah dibalas oleh, Hisyam seperti sudah ‘bersedia’ menangkis setiap dakwaan yang dilontar oleh pendakwaan.


Semalam , Hisyam telah memohon perbicaraan ditangguhkan bagi membolehkan beliau berhujah pagi ini.


Ketika ditemui media petang semalam, Hisyam berkata, beliau akan menjawab semua dakwaan itu dengan fakta kelak.


bottom of page