top of page
newsatmy

Perbincangan Muhyiddin-Joko Widodo Lebih Banyak Bawa Manfaat Serta Kebaikan

6 Februari 2021

KUALA LUMPUR – Lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia dilihat membawa lebih banyak manfaat dan kebaikan dalam menyelesaikan pelbagai isu penting.


Presiden Ikatan Ilmuwan Nasional, NGO Profesional dan Ahli Akademik, Profesor Madya Dr.

Mohd. Hanif Yaacob berkata, lawatan itu juga memperlihatkan bahawa Muhyiddin mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dengan jumlah delegasi yang kecil, menjaga jarak dan sebagainya.


Jelasnya, apa yang lebih utama ialah agenda perbincangan Muhyiddin dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, dilihat amat penting bagi menyelesaikan isu-isu bersama.


“Perlu diingat dan difahami bahawa Malaysia dan Indonesia adalah rakan rapat dan akrab dalam hubungan silaturahim, ekonomi dan banyak lagi sejak dahulu lagi.


“Malaysia dan Indonesia bukan sahaja berjiran, malah kedua-dua negara merupakan negara Islam yang mempunyai isu bersama.


“Ia juga ada kaitan dengan hubungan persempadanan dalam kita menangani wabak Covid-19,’’ katanya.


Menjawab satu pertanyaan, beliau berkata, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Muhyiddin tidak melakukan perbincangan dengan Joko Widodo melalui mesyuarat secara dalam talian.


“Dalam hal ini kita kenalah faham bahawa ada sesetengah isu sensitif yang dibincangkan memerlukan kerahsiaan.


“Mungkin ia melibatkan isu sempadan dan isu yang berkaitan anti-minyak sawit dan memerlukan penyelesaian bersama.


“Kedua-dua negara yang merupakan pengeluar minyak sawit dunia perlu menangani kempen anti-minyak sawit itu,’’ katanya.

Comments


bottom of page