top of page
  • newsatmy

Perjanjian PN-PM: Hamzah jumpa Ismail Sabri esok


KUALA LUMPUR,3 Ogos-ISU berhubung terma perjanjian antara Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka dapat dirungkai esok.

Sehubungan itu, Setausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau sendiri akan bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan perkara tersebut.


“Insya-Allah saya akan bertemu dengan Perdana Menteri esok,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette hari ini.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri ditemui media selepas merasmikan Persidangan Penerbangan Membanteras Pemerdagangan Orang di Malaysia Airlines Berhad Academy di Kelana Jaya.

Baru-baru ini, Hamzah dilaporkan berkata PN kecewa terhadap tindakan Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh memenuhi terma dalam perjanjian beliau dengan parti itu.

Hamzah sehubungan itu berkata PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa terdekat.

Dipercayai antara yang menjadi pertikaian PN adalah jawatan Timbalan Perdana Menteri yang didakwa terkandung dalam terma perjanjian tersebut

bottom of page