top of page
  • zaman

Perjumpaan ‘Top 5’ Umno Sabtu ini ditangguh – PM

15 Sept


PERJUMPAAN lima pemimpin tertinggi atau ‘Top 5’ Umno bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan Sabtu ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penangguhan itu susulan pemakluman daripada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas yang sepatutnya diadakan pada hari sama ditangguhkan.

“Hari Sabtu ini Mesyuarat MT Khas sepatutnya diadakan tetapi kita dapat mesej dah ditangguhkan jadi kita tunggu Setiausaha Agung akan umumkan tarikh baharu.


“Sebelum Mesyuarat MT akan datang akan bincang balik. Selalunya sebelum Mesyuarat MT akan ada (pertemuan) ‘Top Five’ kemudian ada mesyuarat biro politik, selepas itu malam (mesyuarat) MT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di Dubai, malam tadi.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata perjumpaan pemimpin tertinggi itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober.

‘Top 5’ Umno merujuk kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri

bottom of page