top of page
  • Writer's pictureNihaba

Perkhidmatan Airbnb perlu ada garis panduan

21 Oktober-MELAKA

Perkhidmatan Airbnb dicadang dilesenkan dan perlu mempunyai garis panduan yang diselaraskan agar tidak menjejaskan industri perhotelan di negara ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu perlu dibawa peringkat tinggi termasuk badan badan agensi terlibat termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk diselaraskan.

Beliau yang menjawab soalan Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Madelina Kuah berkata, biarpun perkhidmatan itu membantu golongan kurang kemampuan mendapatkan perkhidmatan setara perhotelan dengan lebuh murah namun perkara itu perlu dikaji ke peringkat tertinggi agar dapat dikawal sewajarnya.

Berita lanjut menyusul.

bottom of page