top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Perkhidmatan KBK tak dipotong gaji - KPM

4 Julai 2021

Sepertimana yang telah dimaklumkan dalam video #tanyaDRJ yang telah dimuat naik di laman Facebook Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin semalam, beliau telah kongsikan kenyataan media KPM bagi perkara berkaitan penyedia perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB) serta pengusaha kantin dan penyewa premis/ruang yang terlibat untuk perhatian semua.


Kementerian Pendidikan Malaysia prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan, khususnya kontraktor perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di institusi bawah KPM yang terjejas berikutan penutupan institusi tersebut kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Bagi perkhidmatan BMB pula, KPM akan melanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor terlibat dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP.


KPM juga memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha kantin serta penyewa premis/ruang (kedai buku/koperasi/kedai dobi/vending machine) yang terjejas akibat penutupan sekolah bawah KPM.


Dalam hal ini, KPM telah membuat ketetapan untuk memberi pengecualian sewaan kantin dan premis/ruang tersebut bagi tempoh 6 bulan mulai Julai 2021 sehingga Disember 2021.


Selain daripada itu, KPM juga akan memberi penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis/ruang (kedai buku/koperasi/kedai dobi/vending machine) di sekolah bawah KPM secara automatik untuk tempoh satu (1) tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.


KPM yakin inisiatif ini dapat membantu meringankan beban kewangan penyedia perkhidmatan di institusi bawah KPM serta pekerja terlibat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.




--PN Online

bottom of page