top of page
  • newsatmy

Perkhidmatan Tajuddin ditamatkan serta merta

26 Mei 2021

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan iaitu Tengku Zafrul selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.


"Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.


"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat," demikian menurut surat tersebut, hari ini.



Perkara tersebut turut mendapat sokongan daripada Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pontian iaitu En. Matharuzaman Ahmad yang menggangap kerajaan memandang serius dengan isu ini dan mendengar suara hati rakyat Malaysia.


Beliau berkata kerajaan wajar mengambil tindakan terhadap isu yang tular di laman sosial sejak isu ini mula tercetus di laman sosial.


Tajuddin yang dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020.


Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020. - PN Online

bottom of page