top of page
  • zaman

Perlu ada 'keanjalan' dalam rundingan perpaduan ummah-Hadi


KUALA-LUMPUR ,8 OKT:Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini telah membuat ketetapan rundingan antara UMNO,PAS dan BERSATU masih berjalan demi penyatuan ummah.


Melalui kenyetaan media,Dato Seri Tuan Guru Hadi Awang selaku Presiden PAS tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras-Melayu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca-PRU15.


PAS berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan dengan pihak Umno dan Bersatu, termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan.


Beliau juga berkata, Negeri yang diterajui PAS seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan mengadakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat, bagi menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November sehingga Mac 2023, di samping usaha dan langkah pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Comments


bottom of page