• newsatmy

PERMAI: RM15 bilion peruntukan untuk rakyat! Ini antara berita gembira diumum Muhyiddin

Hasimi Muhamad

Januari 18, 2021 19:19 MYT



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin berkata, pakej PERMAI melibatkan peruntukan bernilai RM15 bilion.


Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (2.0), kerajaan terus menzahirkan komitmen untuk terus membantu meringankan beban rakyat yang terkesan menerusi bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.


Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pakej Bantuan Khas secara langsung, hari ini.


Berikut beberapa tumpuan dalam pengumuman Pakej Bantuan Khas tersebut:


1. Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI bernilai RM15 bilion.


2. Peruntukan tambahan RM1 bilion di bawah matlamat pertama memerangi wabak COVID-19. Ini merangkumi hampir RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan, dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi terlibat.


3. Pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan.


4. Bantuan 'one-off' RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.


5. Majikan beroperasi ketika PKP layak memohon Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO.


6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2. (Kategori 2 ini adalah untuk ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020).


7. Rebat elektrik. Semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam bagi tempoh enam bulan mulai Januari ini.


8. Enam sektor perniagaan juga akan menerima diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac.

9. Pelepasan cukai khas ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.


10. Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga 30 Jun depan.

11. Peminjam kemudahan pelajaran MARA boleh memohon penjadualan semula atau moratorium bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac 2021.


12. Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) diawalkan kepada 21 Januari ini. Sejumlah 11.1 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM2.38 bilion ringgit

13. Peruntukan awal sebanyak RM200 juta disalurkan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.


14. Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta.