- newsatmy
Permohonan Najib tangguh keputusan rayuan kes seleweng dana SRC ditolak
24 November 2021
KUALA-LUMPUR: Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib berkaitan penangguhan tarikh rayuan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) pada 8 Disember ini.
Surat yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron kepada Najib, firma guaman Tetuan Shafee & Co dan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, menyatakan permohonan menangguhkan tarikh keputusan adalah tidak dibenarkan dan semua pihak dikehendaki hadir pada tarikh keputusan rayuan yang sudah ditetapkan pada 8 Disember ini
Permohonan Najib untuk menangguhkannya ke tarikh selepas 13 Disember kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin tujuh hari di rumah sekembalinya dari Singapura. Najib memohon supaya tarikh 8 Disember dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu seterusnya iaitu minggu 13 Disember hingga 17 Disember ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC yang merupakan syarikat subsidiri dalam pelaburan strategik 1 Malaysia Deleopment Berhad(1MDB)
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram (masing-masing tiga tuduhan) serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.Namun beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun serentak.
Rayuan Najib akan diputuskan paneltiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Comentarios