top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Permohonan Rayuan BPR dibuka

23 Jun 2021

Melalui laman rasmi Facebook Menteri Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Mulia Senator Dato' Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, beliau berkata, selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan di bawah #PEMERKASA+, Kerajaan telah bersetuju untuk membuka permohonan rayuan kepada mereka yang layak dan tidak pernah menerima BPR sebelum ini. ⠀⠀

⠀⠀

Bagi tahun ini, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM9.1 bilion untuk BPR secara keseluruhan, termasuklah RM2.1 bilion di bawah #PEMERKASA+, untuk lebih 8.4 juta penerima.


Penyaluran BPR yang seterusnya akan dibuat pada Ogos dan September 2021.⠀⠀

⠀⠀

Ikuti infografik di bawah untuk mengetahui kaedah-kaedah permohonan rayuan BPR atau layari https://bpr.hasil.gov.my.



Untuk ketahui lebih lanjut mengenai bantuan-bantuan lain untuk anda, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/



--PN Online

bottom of page