top of page
  • newsatmy

Persembahan Alli dipuji oleh Mourinho.

25 Febuari 2021

LONDON: Jose Mourinho memuji Dele Alli selepas pemain tengah Tottenham itu membantu pasukan kendaliannya menewaskan Wolfsberger 4-0 pada aksi timbal balik kelompok 32 terakhir Liga Europa.


Alli membuka jaringan di awal babak pertama dan membuat umpanan untuk gol kedua jaringan Carlos Vinicius selepas rehat.


Gareth Bale turut menyempurnakan umpanan Alli bagi gol ketiga Spurs sebelum Vinicius meledak gol keduanya dalam kemenangan agregat 8-1 ke atas kelab kerdil Austria itu.

Kemenangan itu memberi kelegaan seketika buat Mourinho yang peluang terbaiknya mara ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan ialah dengan memenangi Liga Europa musim ini.


"Saya tidak perlu bercakap tentang gol itu kerana semua orang menyaksikannya, seluruh dunia menyaksikannya.


"Tetapi bagi saya persembahan itu yang lebih penting. Dia (Alli) bermain sangat baik dalam semua aspek permainan.


"Sudah tentu dia tidak cergas sepenuhnya, tetapi ia normal apabila anda cedera dan tidak berlatih untuk tempoh yang lama.


"Namun sekarang ini, dengan kami akan beraksi setiap tiga hari, 10 perlawanan sepanjang Mac, mempunyai Dele kembali pada tahap ini sesuatu yang menakjubkan," kata Mourinho.

Kemaraan di pentas Eropah menjadi penawar buat Spurs yang tewas enam kali dalam lapan penampilan terakhir semua pertandingan serta tergelincir ke tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris. - AFP


-Berita Harian

bottom of page