top of page
  • newsatmy

PH Lemah Kerana Anwar??


Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa yang diluluskan pada Isnin jelas menunjukkan tiada kerjasama dan persefahaman dalam PH, jelas penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali


Tambahnya lagi, ia diluluskan berikutan ketidakhadiran 13 Ahli Parlimen pembangkang untuk melakukan undi tidak bersetuju terhadap Belanjawan 2021 berkenaan.


"Perkembangan yang berlaku semalam menunjukkan pembangkang sekarang berada di dalam satu kerjasama dan persefahaman yang tidak memungkinkan mereka dapat menyaingi kerajaan.


"Umum berpendapat, kerajaan pada hari ini mempunyai sokongan yang tipis majoritinya.


"Perkembangan semalam juga menunjukkan bahawa di kalangan pembangkang sendiri terdapat pandangan yang berbeza, khususnya kenyataan yang telah dibuat oleh Parti Warisan Sabah.


"Mereka secara jelas mengatakan mereka sengaja tidak hadir pada perbahasan yang menyaksikan RUU di peringkat Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan diluluskan.


"Umum melihat keadaan ini memberi gambaran bahawa PH berada dalam situasi lemah sejak gabungan ini memenangi PRU14 pada 2018 lalu dan ini berlaku apabila pada Khamis lalu RUU Perbekalan 2021 diluluskan pada peringkat dasar," ulas Mazlan.


“Justeru, Anwar perlu menilai semula kedudukan gabungan parti berkenaan bagi memastikan ia dapat menyaingi kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan masih utuh setakat ini,” ujar Mazlan lagi.


bottom of page