top of page
  • Writer's pictureNizam

PH tiada rancangan mengadap Agong

AYER KEROH 7 0kt.

Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak ada rancangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setakat ini.

Pengerusinya, Adly Zahari yang juga Naib Presiden Amanah berkata, usaha buat masa ini bertumpu pada proses perundangan membabitkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diadili.


“PH Melaka setakat ini tiada rancangan bertemu Agong.

“Fokus kini untuk membawa pembubaran DUN ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran termasuk menghormati Perkara 19(2) Perlembagaan Negeri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya di sini, hari ini.


Terdahulu, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Datuk Norhizam Hassan Baktee ditempelak rakan sekutunya DAP susulan kenyataannya dikeluarkan malam tadi.


Ia susulan kenyataan bekas EXCO negeri itu mengenai hasrat empat ADUN pro pembangkang itu bersama-sama 11 ADUN pembangkang lain untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.


Lima jam selepas kenyataan itu dikeluarkan, bekas wakil rakyat DAP dari DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong menempelak pengumuman dibuat Norhizam itu melalui Facebook rasminya tengah malam tadi.



bottom of page