top of page
  • Writer's pictureNizam

Piala AFF 2020 : Harimau Malaya sedia tewaskan Viatnam

11 Disember 2021

Harimau Malaya bersedia untuk mencipta kemenangan keatas Vietnam apabila bakal berdepan lawan pada aksi ketiga Kumpulan B, Piala AFF 2020, malam esok.


Pengendalinya, Tan Cheng Hoe berkata, skuad bimbingannya kini mempunyai segala yang diperlukan untuk melakar kemenangan menentang lawan yang juga merupakan juara bertahan pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Bishan.

“Sejak kebelakangan ini,kami tidak mendapat keputusan yang baik berhadapan dengan Vietnam Sudah pasti,Viatnam mempunyai skuad dan pemain yang bagus tetapi yang paling penting, kami mempunyai strategi dan perancangan berbeza dari sebelumya.


“Menentang nereka sentiasa sukar untuk menjaringkan gol tetapi kami perlu mencari jalan dan cara untuk mendapatkan keputusan yang positif dan diharapkan anak buah saya boleh mengalami detik mengejutkan kali ini,” katanya pada sidang media pra-perlawanan secara maya hari ini.


Kali terakhir Malaysia berjaya menewaskan skuad Naga Emas adalah pada pertemuan separuh akhir 2014 dengan agregat 5-4 (tewas 1-2 di Shah Alam sebelum bangkit 4-2 di Hanoi)


sebagai rekod, skuad kebangsaan Malaysia masih kekal pada kedudukan 154 dunia dengan pungutan 1,040 mata dan berada pada ranking ke-5 ASEAN dibelakang Vietnam (94), Thailand (113), Filipina (124) dan Myanmar (134).


Comments


bottom of page