top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Piala AFF Suzuki 2020: Harimau Malaya bertemu Kemboja pada Isnin ini

4 Disember 2021

SINGAPURA-Skuad Harimau Malaya yang dibarisi 24 pemain terbaik telah berada di Singapura bagi memburu kejuaraan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan bermula 5 Disember hingga 1 Januari 2022.


Untuk kejohanan kali ini, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyenaraikan seramai 24 pemain untuk menggalas cabaret pada kejohanan tersebut.

Kejuaraan Piala AFF dijadual berlangsung dari 5 Dis hingga 1 Jan tahun depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.


Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja, diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.


Berikut jadual perlawanan Kumpulan B yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya:

Isnin, 6 Disember 2021

KEMBOJA lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang


Khamis, 9 Disember 2021

MALAYSIA lwn LAOS di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang


Ahad, 12 Disember 2021

VIETNAM lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 8.30 malam


Ahad, 19 Disember 2021

MALAYSIA lwn INDONESIA di Stadium Nasional, Singapura, 8.30 malam


SEPARUH AKHIR: 22 & 23 Disember 2021 dan 25 & 26 Disember 2021 di Stadium Nasional, Singapura


FINAL: 29 Disember 2021 dan 1 Januari 2021 di Stadium Nasional, Singapura

bottom of page