top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Piala AFF2020:Tak kisahlah corak bermain,yang penting menang-Tan Cheng Hoe

17 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya tidak menjanjikan corak permainan yang menarik dapat disajikan buat tatapan penyokong apabila berdepan misi 'menang atau pulang' menentang Indonesia di Stadium Nasional, Ahad ini.


Ini kerana pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui kemenangan adalah lebih penting daripada segalanya kerana hanya jalan itu yang tinggal buat anak buahnya sekiranya berhasrat meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF 2020.


Gandingan Dominic Tan dan Dion Cools dijangka menjadi pertaruhan untuk mengemudi kubu Malaysia ketika menentang Indonesia pada aksi Piala AFF 2020, Ahad ini susulan kecederaan yang dialami Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Shahrul Saad, Pertahanan perlu berhati-hati kerana mereka ada pemain yang sangat pantas dan perlu dihentikan daripada serangan balas pantas.


"Kelancaran bola ketika menyerang dan bertahan perlu lebih baik kerana selalunya kita dibolosi disebabkan kita 'switch off' dalam perlawanan," kata Cheng Hoe.


Pada masa sama, Cheng Hoe juga menegaskan barisan pemain perlu bersedia dengan apa sahaja pendekatan yang akan diterapkan skuad 'Garuda' memandangkan mereka hanya perlu mengelak daripada tewas di tangan Malaysia untuk mara ke separuh akhir. Mungkin mereka akan main bertahan ataupun sebaliknya.


"Kita perlu sentiasa menyesuaikan diri kerana kita tidak boleh jangkakan pasukan lawan. Mereka sangat menyerang dalam dua aksi pertama, jadi kita perlu jadi fleksibel dalam apa jua situasi.

"Kita akan turun dengan misi mendapatkan gol pada aksi ini," katanya.

bottom of page