- cik skod
Piala Dunia B-20: FIFA mungkin batalkan Indonesia sebagai tuan rumah kejohanan
27 Mac

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kini dalam proses untuk menimbang keputusan menarik semula hak tuan rumah bagi saingan Piala Dunia B-20 yang diberikan kepada Indonesia.
Ia berpunca selepas terdapat dua bandar di Indonesia yang menolak skuad Israel selepas pasukan tersebut berjaya layak ke kejohanan terbabit.
Sebelum ini, majlis untuk peringkat kumpulan juga terpaksa dibatalkan selepas FIFA campur tangan kepada situasi ini.
Mengikut jadual, ianya sepatutnya diadakan pada 31 Mac ini.
Hasil daripada itu, FIFA terbuka kepada beberapa alternatif dengan Indonesia terus kekal sebagai tuan rumah.
Antaranya adalah dengan mengadakan perlawanan yang melibatkan Israel di Singapura sehingga tamat kejohanan,namun ianya seperti dilihat tidak praktikal
Kaedah lain berkemungkinan ,membatalkan hak tuan rumah Indonesia dan menyerahkan kepada Qatar.
Sebagai ganti, Qatar dikatakan bersedia untuk menggantikan Indonesia sebagai tuan rumah
Jika hak diberikan kepada Qatar, Indonesia mungkin kehilangan tempat dalam kejohanan ini kerana mereka cuma layak atas kapasiti sebagai tuan rumah sahaja.