top of page
  • Writer's pictureNizam

Pindaan RUU antipemerdagangan orang, penyeludupan migran 2021 lulus

16 Disember 2021

KUALA LUMPUR – Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Antipemerdagangan Orang, Penyeludupan Migran 2021 lulus sebulat suara selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat Seramai 18 Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan cadangan meminda RUU itu sekali gus menunjukkan sokongan ke arah usaha tersebut. Kebanyakan antara mereka menyokong pindaan Seksyen 12, 13 dan 14 iaitu menambah kadar hukuman penjara sebelum ini dari tiga tahun hingga 20 tahun kepada lima tahun hingga seumur hidup.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, jenayah pemerdagangan orang adalah bentuk perhambaan moden yang menjadi cabaran global dihadapi semua negara di dunia. “Sifat serta modus operandi ini unik dan dinamik kerana ia boleh berlaku kepada semua golongan tidak kira jantina, umur, status kewarganegaraan serta boleh berlaku sama ada dalam negara atau merentasi sempadan negara. “Pemerdagangan orang ini juga merangkumi aspek eksploitasi seks, buruh, perhambaan, pengabdian termasuk pemindahan organ manusia,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan bagi pindaan RUU Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2021 di Dewan Rakyat,

Tambah Hamzah lagi, mereka yang bersubahat dengan penyeludupan migran seperti menyembunyikan seseorang bagi diseludup masuk atau keluar turut dikira merupakan pelaku penyeludupan jenayah migran.

bottom of page