top of page
  • newsatmy

PKP 3.0: Menjaga Kesihatan dan Kelangsungan Ekonomi

26 Mei 2021

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Johor menyokong sepenuhnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Negeri Johor, merangkap Ketua Penerangan Bersatu Negeri Johor, YB Tuan Haji Muhd Solihan Bin Badri berkata dalam satu video, terdapat dua aspek penting dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu mengurangkan jumlah pekerja di pejabat kerajaan dan swasta dan juga mengehadkan masa operasi sektor ekonomi.


Beliau berkata, 80% kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah yang membabitkan seramai 7050 penjawat awam, manakala 40% pekerja swasta akan bekerja dari rumah melibatkan 6.1 juta pekerja.


"Pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada 50% kapasiti penumpang,"


"Operasi perniagaan akan dihadkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja, berkuatkuasa di seluruh Semenanjung, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei 2021,"


"SOP yang lain masih terus dikuatkuasakan seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri,"


"SOP dikawasan beribadat seperti masjid dan surau juga diteruskan dengan tujuan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 ini," tambahnya lagi.


Beberapa kawasan di negeri Johor seperti di Felda Kahang Timur, Johor telah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Darurat (PKPD).


Katanya, ada pihak yang mencadangkan total lockdown kepada kerajaan Johor, tetapi banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum sesebuah negeri itu diisytiharkan total lockdown.


"Saya sebagai Ketua Penerangan Bersatu negeri Johor, menyokong tindakan untuk menguatkuasakan PKP 3.0 seperti yang dilaksanakan 25 Mei Sehingga 7Jun 2021,"


"Tindakan tidak melaksanakan PKP penuh adalah demi kepentingan kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat,"


"Tindakan tidak melaksanakan PKP penuh adalah demi kepentingan kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat,"


"Jika Syarikat dan Perindustrian diarahkan tutup, mereka mungkin gulung tikar, sekaligus menyaksikan pekerja hilang pekerjaan dan tiada punca pendapatan," tambahnya.


Pengalaman PKP 1.0 ekonomi Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari, dan sekiranya PKP 3.0 dilaksanakan secara total lockdown, kerajaan akan menanggung kerugian yang sama juga.


Bagaimanapun, apa yang dilakukan kini pun masih lagi memberi kesan kepada ekonomi yang dianggarkan sebanyak RM300 juta sehari.


Pada PKP sebelum ini, kerajaan telah membelanjakan hampir 10 bilion untuk peringkat peniaga kecil dan sederhana bagi mengurangkan beban mereka.


"Oleh itu, PKP 3.0 yang dikuatkuasakan ini diharap mampu melandaikan lengkok Covid-19 dengan syarat rakyat mematuhi SOP yang telah ditetapkan,"


"Banyak rekod menunjukkan kes positif kerana rakyat tidak mematuhi SOP,"


"Ketika ini kerajaan telah meningkatkan kemudahan vaksin tetapi masih ramai rakyat belum mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin.


"Dari segi denda pula, bagi mereka yang melanggar SOP, kerajaan menetapkan kadar denda diantara RM1500 keatas individu dan RM50 ribu kepada syarikat," tambahnya lagi.


Jika dibandingkan dengan negara dikalangan Asian dan juga United Kingdom, pengenaan kadar denda adalah dianggap sederhana.


Pelaksanaan SOP di Brunei, Taiwan dan Thailand contohnya, dikenakan denda antara 2-10 kali ganda daripada negara Malaysia.


Manakala, negara lain seperti Indonesia, India, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Vietnam memang mengenakan kadar denda yang rendah bagi kesalahan yang sama.


Bagaimanapun jika dibandingkan dengan kadar gaji minima di negara-negara berkenaan, yang paling tinggi kadar dendanya adalah Kemboja, Taiwan dan Indonesia.


Tindakan Malaysia dalam pencegahan Covid-19 mendapat pengiktirafan antarabangsa.


Pada 21 Mei 2021, kadar purata kematian di Malaysia adalah 0.43%, jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain termasuk negara maju seperti Kanada, Denmark dan Taiwan.


"Rakyat perlu memberi kerjasama dalam mengurangkan masalah dengan mematuhi SOP,"


"Kita banyak membaca komen negatif di media sosial, tetapi tanyalah diri sendiri adakah kita memathu SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam memastikan Covid-19 dapat dikurangkan, KITA JAGA KITA," kata beliau pada akhir video.


--PN Online

bottom of page