• newsatmy

PM jadi individu pertama di Malaysia lengkapkan suntikan vaksin COVID-19

17 Mac 2021

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini yang melengkapkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, hari ini.


Beliau menerima suntikan dos kedua Pfizer-BioNTech pada pukul 3.17 petang ini di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11, Putrajaya.


Turut mengambil dos kedua hari ini adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.


Penerimaan suntikan itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk media sosial, bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.


Terdahahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima dos pertama pada 24 Februari lalu. - AA