top of page
  • newsatmy

PM Melawat Mangsa Banjir di Kota Tinggi


KOTA TINGGI - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kolej Vokasional Kota Tinggi jam 12 tengah hari untuk melawat mangsa banjir di daerah ini.


Turut mengiringi Ahli Parlimen Pagoh itu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique.


Selepas itu, Perdana Menteri meluangkan masa hampir sejam untuk melawat mangsa banjir di PPS berkenaan sebelum menyerahkan sumbangan kepada mangsa.


Seramai 126 mangsa daripada 28 keluarga dari Taman Kota Jaya ditempatkan di PPS di Kolej Vokasional ini setakat jam 12 tengah hari tadi


Perdana Menteri kemudiannya melawat mangsa banjir yang ditempatkan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana pada jam 12.50 tengah hari.


Sementara itu, Saodah Abdul Aziz, 68 yang merupakan salah seorang mangsa banjir mengakui keletihan berpindah ke PPS di Kolej Vokasional Kota Tinggi, kira- kira jam 4.35 pagi pada hari Selasa, hilang selepas dapat bertemu dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Syukur dapat jumpa Perdana Menteri, Kalau ikutkan tadi memang hendak berbual lama dengan beliau, sebab beliau sangat prihatin bertanya khabar saya dan suami Kamaruddin Abdul Hamid, 66 yang ditempatkan di PPS di sini.


"Bantuan diberikan kepada mangsa banjir di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi mencukupi dan kebajikan mangsa juga terjaga,"katanya.


Banjir yang melanda kawasan kediamannya di Taman Kota Jaya pada sebelah malam itu menyebabkan dia bimbang dan mengambil keputusan untuk berpindah ke PPS berdekatan. Kata Saodah Abdul Aziz lagi.


"Saya memang fobia setiap kali nampak air parit sudah penuh kerana teringat kejadian banjir besar yang menenggelamkan Kota Tinggi pada tahun 2006.


" Bila air parit sudah penuh malam tadi, saya dan suami ambil keputusan untuk segera berpindah ke PPS kerana bimbang soal keselamatan kami di rumah bila banjir," katanya.




bottom of page