top of page
  • Farah

PN akan tawan Selangor


PERIKATAN Nasional (PN) mempunyai harapan cerah untuk merampas Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Gelombang Perikatan Nasional (PN) pada PRU 15 dijangka berteru­san malah kegagalan kerajaan PH-BN menangani beberapa isu rakyat dijangka gelombang lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan mam­pu menawan Selangor dan Ne­geri Sembilan termasuk mengekal­kan Kedah, Kelantan dan Te­reng­ganu.


Penguasaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor bakal terancam sekiranya trend pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlaku lagi pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.


Di negeri itu, PH kini memegang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi Perikatan Nasional (PN) mencapai kejayaan dalam PRU15 dengan memenangi enam kerusi Parlimen: Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kapar dan Kuala Langat.


Komposisi kerusi kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ketika ini adalah terdiri daripada PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Pejuang masing-masing dua manakala Pas, Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi.


Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa PN memperolehi antara 65 peratus dan 90 peratus pengundi baharu yang ditambah ke dalam daftar pemilih berikutan penurunan umur mengundi kepada 18 tahun.


Di Kapar, yang menjadi kubu kuat PH sebelum ini, menyaksikan PN menang sekitar 67.5 peratus atau 34,400 daripada kira-kira 52,000 pengundi baharu.

PH hanya berjaya menambah kira-kira 5,300 pengundi baharu, manakala BN memperoleh kira-kira 8,700.


Di Kuala Langat, calon PN daripada Pas memperoleh 52,867 undi berbanding 18,700 yang diperoleh parti Islam itu pada PRU14.


Sebaliknya, PH hanya berjaya meningkatkan undi sebanyak 7,800 walaupun hakikatnya terdapat lebih 35,800 pengundi baharu di kawasan itu – undi BN turun kira-kira 7,400.

Ketua sayap pemuda dari Parti Amanah Negara (Amanah), Abbas Salimmi Adzmi berkata, strategi media sosial dan retorik perkauman PN memberi impak, terutamanya dalam kalangan pengundi kali pertama.


Malah di kerusi Parlimen majoriti Melayu yang menyaksikan PN kalah, termasuk Shah Alam, Gombak, Hulu Langat dan Sepang, gabungan itu menduduki tempat kedua selepas PH. Majoriti PH di kerusi ini berkurangan antara 10,000 hingga 36,000 undi.


Para penganalisis politik percaya ‘gelombang hijau’ PN boleh membantu gabungan itu menamatkan pemerintahan 15 tahun PH di Selangor, selepas mendorong PN memenangi 74 kerusi pada pilihan raya.


PN dilihat telah mendominasi media sosial terutamanya TikTok dengan video daripada pendakwah selebriti juga artis yang pro-PN.


PN mendapat sokongan dari pengiat media sosial dan yang menariknya mereka membantu mempromosikan PN secara sukerela dan tanpa berbayar.Pengiat media sosial PH BN seperti tidak dapat mengatasi populariti mereka sehinggakan J-KOM yang sepatutnya menjadi lidah kerajaan telah disalahgunakan sehingga lebih kearah menjadi lidah politik.


PN mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN yang akan memberikan majoriti mudah untuk mentadbir Selangor tetapi tidak menamakan kerusi itu.


Terdapat 10 kerusi DUN dalam enam kawasan Parlimen yang dimenangi PN pada PRU15, semuanya dengan lebih 70 peratus bilangan pengundi Melayu.


Terdapat juga 12 kerusi DUN lain di seluruh Selangor di mana Melayu Islam merangkumi lebih 70 peratus pengundi. Kerusi ini adalah di kawasan Parlimen Selayang, Gombak, Hulu Langat, Bangi, Shah Alam, Kota Raja dan Sepang.


Di lapan kerusi DUN lain, pengundi Melayu Islam membentuk lebih 60 peratus daripada pengundi. Permatang, Taman Templer, Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua, Seri Serdang, Meru dan Kota Damansara adalah kerusi yang pernah ditandingi Pas, parti terbesar dalam PN mengikut keahlian, sebelum ini.


Melihat setuasi politik semasa gelombang PN mungkin lebih besar berbanding pada PRU15 walaupun PH dan sekutu baharunya BN kini menyedari strategi media sosial PN dan akan bersedia untuk menentang naratif mereka.


Kebimbangan kerajaan PH BN terhadap gelombang PN menyebabkan Kerajaan Selangor telah melancarkan pelbagai inisiatif seperti insurans bersubsidi dan diskaun karnival beli-belah. Negeri juga telah menambah dana untuk program sedia ada seperti skim bantuan warga emas, yang membantu keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.


Selain itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang berkerja keras dengan menpromosi dirinya agar kelihatan sebagai pemimpin Islam yang progresif dan bagaimana dia turun ke lapangan untuk bersolat dengan orang yang berbeza setiap Jumaat bagi mempengaruhi sentimen pengundi Melayu.


Pendakwaan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan menarik lebih banyak sokongan Melayu kepada blok pembangkang selain sokongan luar bandar terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dijangka semakin melemah.


Perkembangan politik semasa, terutamanya melibatkan sokongan orang Melayu yang sudah pun meninggalkan Umno kerana membenci presidennya Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak selain kemarahan mereka kerana UMNO berkerjasama dengan DAP dan PH akan diterjemah dalam PRN nanti.


Kerajaan PH-BN masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif yang diambil atau akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat ini. Rakyat mengharapkan tindakan dari segi dasar, inisiatif atau intervensi tertentu bagi meningkatkan pendapatan rakyat, menyalurkan bantuan pada golongan yang memerlukan serta memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan juga dijual serta ditawarkan pada harga yang munasabah.


Insiatif kerajaan dengan memperkenalkan Menu Rahmah juga tidak begitu menyeluruh kerana hanya melibatkan jangan masa pendek dan akan memberi kesan kepada penguasaha makanan sekiranya kos bahan mentah terus meningkat.


DIjangkakan,PN akan bergabung kekuatan iaitu Pas melalui jenteranya, Bersatu dari segi figura tokoh-tokoh utama mereka dan Gerakan akan memperkemaskan orang bukan Melayu.


Terdahulu Rafizi Ramli dalam kenyataannya di Konvensyen Pilihan Raya PKR Selangor pada 14 Januari lalu, berkata PH dan BN berpotensi untuk menawan 53 daripada 56 kerusi DUN Selangor jika bergabung dalam PRN akan datang.


Matharuzaman Ahmad

Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pontian

Timbalan Ketua Perikatan Nasional Pontian


bottom of page