top of page
  • Farah

PN sudah hantar surat mohon tarikh jumpa PM


PUTRAJAYA, 18 Ogos – Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat rasmi bagi memohon tarikh baharu untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pertemuan pemimpin PN yang berlangsung sebelum ini dengan Ismail Sabri adalah merupakan sembang santai.

“Secara rasminya saya sudah minta untuk diberi tarikh baharu supaya wakil PN boleh jumpa dan membentangkan apa yang dimohon PN,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah PN sudah mempunyai tarikh baharu untuk bertemu Ismail Sabri.


Sebelum itu, Hamzah bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin menyempurnakan Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaaan Putrajaya hari ini.


Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan, beliau sudah mengadakan pertemuan Hamzah dan Bendahari PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 4 Ogos lalu.


Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan berkata, kedua pemimpin tersebut sudah menyampaikan pandangan mereka dan beliau juga sudah sampaikan pandangannya.

bottom of page