- admin
PN tolak permohonan Pejuang

KUALA LUMPUR 21 Mac: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyertai gabungan itu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Selasa.
Jelasnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dihadiri kepimpinan tertinggi komponen parti PN.
Namun Hamzah tidak memberikan sebarang alasan mengapa gabungan berkenaan memutuskan untuk menolak Pejuang.
Kenyataan itu uga tidak menyebut tentang Gerakan Tanah Air (GTA) yang juga dilaporkan berhasrat untuk menyertai PN.
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 2 Mac lalu menjelaskan parti itu telah memohon untuk menjadi anggota komponen dalam PN.
Permohonan itu ujarnya telah dihantar kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PN.
Namun,usaha Pejuang untuk mendapatkan keselamatan politik yang lebih terjamin dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) gagal