top of page
  • newsatmy

Polis ambil keterangan Abd Latiff, tegaskan Rafizi pembohong untuk kepentingan politik


KUALA LUMPUR, 1 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata beliau hari ini telah didatangi oleh Pegawai Polis pagi tadi untuk diambil keterangan.

Beliau berkata ini susulan laporan polis yang dibuat terhadap Rafizi Ramli oleh Pegawai Tugas-Tugas Khasnya pada 30 Ogos lalu.

“Saya telah didatangi oleh Pegawai Polis pagi tadi untuk diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Abd. Latiff mengaskan Rafizi adalah seorang pembohong yang memfitnah dan mentohmah beliau dan keluarganya hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Katanya, ini adalah satu perbuatan keji yang dikutuk.

“Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa sebagai anggota Kabinet.

“Saya akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.


Semalam, Abd. Latiff membuat laporan polis terhadap Rafizi Ramli yang didakwa memfitnahnya dalam isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Laporan polis itu dibuat oleh pegawai khasnya, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad.


Laporan itu dibuat kerana kerana fitnah dan tohmahan oleh Timbalan Presiden PKR bertujuan merosakkan nama baik Abd. Latiff.


Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada 22 Ogos 2022, 25 Ogos 2022, 26 Ogos 2022 dan 29 Ogos 2022 diblognya dan menyiarkan semula di Facebook, Twitter dan Tiktok.


Fitnah Rafizi itu kononnya Abd. Latiff mempunyai isteri kedua bernama Zainab Mohd Salleh yang mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Kementerian Pertahanan untuk projek LCS.

Sedangkan, Zainab Mohd Salleh bukan isteri menteri itu dan tiada sebarang hubungan kekeluargaan

bottom of page