top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Politik Dakwah Perlu Membawa Mesej Kebaikan

9 Julai 2021

Mereka yang terlibat dalam dunia politik perlu memiliki prinsip dan konsep dakwah yang menjadi tanggungjawab kepada setiap diri supaya mesej-mesej kebaikan dapat disampaikan sama ada kepada rakan mahupun lawan.

Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pendekatan tersebut yang merupakan politik dakwah memerlukan seseorang itu menunjukkan contoh atau cara yang terbaik agar boleh diikuti oleh rakyat.

“Oleh itu, prinsip politik dakwah kepada pengamal politik perlu jelas dengan niat untuk menyebarkan kebaikan.

“Melalui politik dakwah ini menjadi harapan bahawa semua orang dapat menjadi kawan kita. Dengan kata lain kita diterima ramai,” katanya.


Wan Saiful berkata, walau ada dalam dkalangan ahli politik berbeza fahaman, namun setiap diri perlulah menjaga adab-adab ketika bercakap dan berinteraksi antara satu lain.


“Kita menjadi tanggungjawab setiap diri dalam menjaga hubungan silaturahim antara kita,” katanya.

Wan Saiful berkata demikian dalam Webinar Pintar bertemakan Relevansi Politik Dakwah Masa Kini yang disiarkan secara langsung melalui FB Live dan Youtube.


Program itu anjuran Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) dengan kerjasama Majlis Dakwah Negara Pulau Pinang (MDNPP).

Selain Wan Saiful sebagai ahli panel, ia turut disertai oleh Exco PINTAR, Prof. Badlihisham Mohd. Nasir dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden. Moderator program ialah Pesuruhjaya MDNPP, Dr. Mohd. Syakir Mohd. Rosdi.

Ahli panel Badlihisham pula berkata, politik dan dakwah perlu berjalan seiiring dan pendekatan itu telah berjalan sejak zaman para nabi lagi.

“Dakwah itu sendiri terdapat dalam politik. Malah politik dakwah ini juga dilakukan oleh NGO-NGO Islam. Kkonsep dakwah memerlukan pendekatan berhemah,” katanya.

Sementara itu, ahli panel Afnan Hamimi berkata, politik dakwah turut disebut dalam al-Quran apabila Nabi Suleiman menghantar surat kepada Ratu Balqis.

“Asal politik dakwah ini pernah diriwayatkan dalam al-Quran apabila Nabi Suleiman menghantar surat kepada Ratu Balqis yang menyeru kepada kebaikan dan Islam.

“Ini menunjukkan titik permulaan politik dakwah bermula sejak sekian lama dahulu,” katanya.




--PN Online

bottom of page