top of page
  • cik skod

Populasi Malaysia Kini Cecah 32.7 Juta

10 Sept

Ketika ini, aliran pertumbuhan penduduk Malaysia setakat suku kedua 2022 menunjukkan peningkatan dari 0.2% kepada 32.7 juta penduduk.


Menurut perkongsian demografi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 8 September, menunjukkan peningkatan populasi itu disokong hasil kadar kelahiran meningkat 0.2% kepada 110,858 bayi dicatatkan.

Sebagai pecahan keseluruhan dari 110,858 bayi dicatatkan, jumlah itu merangkumi 56,801 bayi lelaki dan 54,057 pula bayi perempuan.

Selain itu, bagi perincian jumlah populasi mengikut kewarganegaraan pula, seramai 30.2 juta adalah rakyat Malaysia, diikuti baki 2.4 juta pula adalah bukan-warganegara.

Jumlah itu didominasi dengan dari Bumiputera seramai 21.1 juta penduduk (69.9%), Cina seramai 6.9 juta penduduk (22.8%) ,India seramai 2.0 juta penduduk (6.6%) dan lain-lain kaum seramai 0.2 juta penduduk (0.7%) populasi rakyat negara.

Menurut carta, peratusan percambahan rakyat negara mengikut kategori etnik menunjukkan Bumiptera dan India memaparkan peningkatan penduduk.

Pada suku kedua 2022, data kematian pula menunjukkan jantina lelaki mencatatkan jumlah kematian lebih tinggi dengan 26,476 individu, diikuti jumlah kematian wanita pula 20,296 individu.

Sekadar inifo, bagi populasi mengikut negeri pula, Selangor terus mendominasi jumlah penduduk negeri yang tinggi dengan Selangor (7.038 juta penduduk), Johor (4.02 juta penduduk) dan Sabah (3.39 juta penduduk).


Sumber: RINGGT.COM

bottom of page