top of page
  • cik skod

Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang

20 Sept

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Asmida Izmail yang memaparkan pelakon dan penyanyi terkenal, Janna Nick.


Menerusi video tersebut, Janna dipercayai sedang menghadiri sesi lawatan pawagam bersempena tayangan filem Juang di IOI City Mall, Putrajaya.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila rakaman video berkenaan telah diambil daripada sisi belakang pelakon itu


Penyanyi lagu Mungkin Saja itu dilihat hanya tersenyum dan melambai-lambai ke arah kamera dan para peminat yang hadir tanpa menyedari sisi belakangnya itu mendedahkan bentuk tubuh badannya.


Susulan itu, ruangan komen di video tersebut telah dipenuhi dengan golongan lelaki ‘miang’ yang meninggalkan kata-kata lucah terhadap Janna.


Selain itu, ada juga segelintir netizen yang menegur aktres wanita itu mengenai cara ‘posing’ yang didakwa mengundang nafsu dan seksi. Bn

Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang

bottom of page