top of page
  • newsatmy

Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM10,000 menanti!

3 Mac 2021

PUTRAJAYA - Individu yang didapati memotong barisan untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah.


Selain itu, ia termaktub dalam Seksyen 31 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.


“Peruntukan baharu ini adalah sebagai punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta 342 bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.


“Peraturan di bawah subseksyen ini kita boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.


Bagaimanapun, Dr Adham berkata setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan memotong barisan.


Katanya, perkara itu hanya mendasarkan khabar angin atau dakwaan sahaja.


Sebelum ini, tular mesej di media sosial mendakwa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba memotong barisan untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19.


Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan isu berkenaan tidak akan timbul setelah kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan. - AA


Comments


bottom of page