top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PPV PIKAS pertama di Negeri Sembilan dibuka pada 5 Julai 2021

27 Jun 2021

SEREMBAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) d'TEMPAT Country Club di Sri Sendayan, Seremban adalah yang pertama untuk program PIKAS di Negeri Sembilan yang akan beroperasi pada 5 Julai 2021.


MITI komited untuk memastikan golongan pekerja menerima vaksin percuma yang disediakan Kerajaan melalui program PIKAS ~ no one is safe, until everyone is safe!


Sehingga kini, terdapat 4,537 syarikat dan 23,180 pekerja dalam industri perkilangan di Negeri Sembilan.


Pada 25 Jun 2021, sebanyak 41 syarikat dengan jumlah pekerja 11,491 orang telah membuat permohonan untuk menyertai vaksinisasi di bawah program PIKAS.


PPV PIKAS di Sendayan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan sebanyak 1500 dos suntikan vaksin sehari.


Sepanjang tempoh 16 Jun 2021 - 25 Jun 2021, seramai 13,981 pekerja telah menerima dos pertama vaksin di tiga PPV PIKAS iaitu di PPV Bukit Jawi (6,320 dos), PPV Pengerang (5,290 dos), dan PPV Texas Instruments (2,371 dos).



--PN Online

bottom of page