Arissa Azman
PRN Johor: PH setuju kerjasama bersama MUDA
27 Januari 2022

Pakatan Harapan (PH) Johor mengesahkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), secara prinsipnya akan bekerjasama dengan gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, jika ia diadakan dalam masa terdekat.
Mesyuarat telah bersetuju memuktamadkan keputusan mengenai agihan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh KEADILAn, DAP dan AMANAH.
Majlis Presiden Pakatan Harapan juga memberikan penghargaan kepada pasukan rundingan kerusi yang masing-masing diwakili Syed Ibrahim Syed Noh, Jimmy Puah Wee Tse, Naim Jusri dan Akmal Nasir (KEADILAN, Liew Chin Tong, Teo Nie Ching, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Andrew Chen Kah Eng (DAP) dan Aminolhuda Hassam, Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan Abdul Hamid Jamah (AMANAH).
Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mengulangi pendirian akan meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuklah Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Hal ini akan memperkukuhkan saingan dari blok pembangkang dalam mendepani PRN Johor yang akan datang.
Persetujuan juga dicapai mengenai penggunaan logo yang akan digunakan di mana Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju bahawa logo Pakatan Harapan akan digunakan dan KEADILAN pula akan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat untuk PRN Johor akan datang.