top of page
  • newsatmy

PRN Melaka: 3 bekas ADUN berpeluang jadi calon PH

31 Oktober

NEGERI SEMBILAN-Tiga daripada empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengakibatkan kerajaan Melaka terbubar mungkin masih berpeluang menjadi calon mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.

Antaranya ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan PH boleh menerima ketiga-tiga bekas ADUN itu kerana beliau menyifatkan mereka bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, kerana mahu mengembalikan mandat kepada Pakatan Harapan.


Anwar memberi bayangan mereka akan diberi laluan sebagai Calon PH dipogram penyampaian bakul Deepavi di Dewan Undangan Chuah,Negeri Sembilan,hari ini. Malah Anwar dilihat membela ketiga-tiga bekas ADUN itu apabila menyatakan mereka sudah mengetahui akan dipecat daripada parti apabila membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan UMNO Melaka.

Sebelum ini, Majlis Presiden PH membuat keputusan menolak bekas ADUN Bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hasan Baktee sebagai calon mereka pada PRN Melaka. .




bottom of page