top of page
  • newsatmy

Prn Melaka: BN bakal menampilkan calon muda

4 November

MELAKA– Barisan Nasional (BN) bakal menampilkan majoriti calon berumur bawah 50 tahun dan yang termuda berumur 20-an dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dakwa Isham Jalil.


Ketua Penerangan BN Selangor itu berkata, jumlah calon baharu dan orang muda yang akan ditampilkan kali ini adalah jauh lebih tinggi berbanding pilihan raya lepas.

Katanya lagi, sebahagian besar calon yang ditampilkan adalah mereka yang berwibawa dan berpendidikan tinggi.


“Ia termasuklah golongan profesional yang terdiri daripada jurutera, doktor dan peguam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, bagi calon veteran pula, mereka yang akan dipilih adalah dalam kalangan individu yang menyumbang kepada rakyat dan mempunyai pengalaman luas.


“Ini adalah salah satu langkah pembaharuan yang dibuat oleh BN dan janji yang dikota untuk mengetengahkan lagi golongan muda dan professional dalam pentadbiran dan politik di samping calon-calon veteran dan berpengalaman untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, calon-calon yang akan ditampilkan juga terdiri dalam pelbagai latar belakang, kaum dan agama.

bottom of page