top of page
  • newsatmy

PRN Melaka,BN yakin menang besar


SELANGOR 6 oktober 2021-Bagi menangguh pilihan raya di Melaka, Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil mencadangkan agar darurat diisytiharkan, sama seperti di Sarawak dan Parlimen Batu Sapi dan Gerik. Mengambil iktibar dari apa yang berlaku selepas pilihan raya negeri Sabah sebelum ini, Isham berkata pengisytiharan darurat di kawasan-kawasan tertentu adalah lebih baik untuk kebaikan semua pihak, sehingga keadaan penularan pandemik Covid-19 reda. Bagaimanapun, jika pilihan raya terpaksa diadakan, dia menjangkakan BN mempunyai peluang cerah untuk menang di 17 hingga 21 kerusi. “Dalam kes ini, untuk tangguh pilihan raya, kerajaan negeri Melaka atau Ketua Menteri Melaka melalui YAB Perdana Menteri boleh menasihatkan SPB YDP Agong untuk mengisytiharkan darurat di negeri Melaka untuk menangguh pilihanraya atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan rakyat. “Ada wartawan tanya saya berkenaan peluang BN untuk menang jika pilihan raya diadakan di Melaka. Pakatan Harapan kata mereka yakin menang. Saya tidak rasa begitu. “Sebab semasa PH jadi kerajaan dahulu, mereka terbukti tidak tunai janji pilihan raya mereka semasa PRU-14 yang lepas, dan mereka telah gagal dalam mentadbir kerajaan semasa 22 bulan mereka memerintah sehingga keadaan ekonomi menjadi semakin teruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, Perikatan Nasional pula terdiri dari ramai pelompat parti, di mana ia tidak disukai oleh pengundi yang telah menjejaskan imej PH dan PN di mata rakyat. “Sebab itu saya lihat jika pilihan raya negeri diadakan di Melaka, pada hemat saya BN ada peluang cerah untuk menang sekurang-kurangnya 17 ke 21 daripada 28 kerusi DUN untuk membentuk semula kerajaan negeri, dengan usaha kuat kita dan dengan izin Allah, insya-Allah,” katanya. Kerajaan negeri Melaka tumbang apabila empat Adun termasuk bekas ketua menteri Idris Haron yang mengetuai rancangan tersebut bersama Adun Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan menarik balik sokongan mereka. DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui tindakan beberapa Adun yang berpaling tadah pada 2018, gabungan BN-PN menguasai 17 kerusi berbanding 11 oleh pembangkang.



Comments


bottom of page