top of page
  • StrangePlay

PRN Melaka; Calon PN bakal tandatangani aku janji perangi rasuah

12 November 2021

SHAH ALAM: Kesemua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu menandatangani aku janji sebagai komitmen memerangi rasuah.


Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selari dengan pendirian yang didukung gabungan itu untuk menentang salah guna kuasa dan rasuah serta akan memberi layanan yang adil kepada semua pihak. katanya pada Program Pentas PRN Melaka PN yang diadakan di sini malam tadi.

Program yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai turut disiarkan menerusi Facebook rasmi Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata selain itu, manifesto PN bagi PRN berkenaan akan diumumkan dan diperincikan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Pagoh dalam pada itu berharap agar sedikit kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) PRN Melaka diberikan dengan membenarkan calon untuk bertemu pengundi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata susulan SOP khas PRN yang ketat, beliau menggesa agar semua calon yang bertanding diberi peluang untuk muncul di kaca televisyen bagi memperkenalkan diri masing-masing.

bottom of page