top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PRN Melaka : Ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakarnya

25 Oktober 2021

MELAKA: Seorang bekas Tentera di sini menzahirkan harapan beliau untuk Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal berlangsung nanti.


"Sebagai ahli veteran pada hari ini, saya rasa bangga kerana Persatuan-persatuan Veteran diambil berat tentang hal kebajikan Ahli Veteran yang mana sekiranya ada diantara ahli-ahli veteran yang sakit diberi keutamaan untuk segala bantuan yang perlu ada,"


Ketika ditanya tentang Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung di Melaka nanti, beliau berharap kepada yang dilantik oleh rakyat nanti akan bersatu untuk memulihkan negeri dan politik di Melaka.


"Sekiranya berlaku rebutan kuasa akan tidak ada kepercayaan diantara satu sama lain, rakyatlah yang menjadi mangsa disaat Malaysia mengharungi pandemik Covid-19,


"Saya sebagai rakyat Malaysia, terutamanya rakyat negeri Melaka, saya harap kepada bakal DUN dan juga Ahli Parlimen Melaka nanti yang bakal memerintah supaya berfikir secara panjang, jangan ambil tindakan terburu-buru dan merebut kuasa dia antara satu sama lain,


"Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakarnya," ujar beliau.

bottom of page