top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka ini berlaku disebabkan kerasukan dari pemimpin BN sendiri

2 November 2021

Ketua Penerangan Bersatu Negeri Selangor,Hamidi Dato Abu Bakar menyelar kenyataan daripada Ketua Penerangan BN Selangor yang mengatakan bahawa BERSATU memecahkan undi Melayu adalah sangat tidak berasas. Malah katanya BERSATU ‘goyang’ dan ‘tidak pasti’ menggunakan logo Perikatan Nasional bagi menghadapi PRN Melaka juga memperlihatkan ianya hanya ‘provokasi murahan’ dari BN Selangor.

Terbukti Ketua Penerangan BN Selangor tidak memahami landskap politik negara kini. Masih ‘tertaut’ dengan stigma lama Barisan Nasional masih ‘superior’. Malah Isham juga mungkin kurang peka dengan keadaan politik semasa melibatkan PRN Melaka.

BERSATU bersama sahabat komponen Perikatan Nasional yang lain telah mengumumkan bahawa akan menggunakan logo PN semasa PRN Negeri Melaka. Malah menurut Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin hatta 3 penjuru pun Parti Perikatan Nasional tetap akan menggunakan logo PN.

Dakwaan Isham itu adalah karut, bahkan Bersatu telah menjalankan pelbagai program kemasyarakatan di seluruh Melaka atas nama PN dengan menggunakan bendera gabungan itu. Keberadaan Perikatan Nasional bukanlah untuk memecah-belahkan undi tetapi adalah sebagai ‘option’ terbaik bagi rakyat Melaka dan khususnya kepada rakyat Malaysia.

Isham kena sedar, PRN Negeri Melaka ini berlaku disebabkan kerakusan dari pemimpin BN sendiri yang berebut ‘takhta’ pentadbiran negeri Melaka.

BERSATU Negeri Selangor yakin, dengan kredibiliti dan kewibawaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin rakyat Melaka akan menyokong penuh dan akan memberikan undi kepada Perikatan Nasional.

Kita mahu Melaka bergerak lebih maju, sudah pasti khidmat yang terbaik akan diberikan Perikatan Nasional kepada seluruh rakyat negeri Melaka setelah memenangi PRN Negeri Melaka.

bottom of page