top of page
  • newsatmy

PRN Melaka-Mesyuarat MT UMNO malam ini penentu bertanding solo atau sebaliknya.

21 Oktober

Satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO difahamkan akan diadakan pada malam ini. Menurut sumber dalaman parti itu, mesyuarat tersebut diadakan bagi berbincang dan membuat keputusan sama ada UMNO akan bertanding bersendirian atau melakukan kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan, lapor Utusan Malaysia. Semalam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang akhbar di Seremban memaklumkan, Mesyuarat Khas MT UMNO akan dibuat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut. Jelas beliau, Biro Politik UMNO terlebih dahulu akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut sebelum syor diberi dalam mesyuarat khas MT itu untuk dibuat keputusan mengenainya. “Kami akan bincang syor biro politik dan pandangan-pandangan lain akan dibincang dengan teliti, kerana mesyuarat khas ini satu agenda sahaja, jadi kita tidak ambil banyak masa untuk bincang. “Jadi apa juga keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut, saya yakin presiden akan buat kenyataan, setakat hari ini, tiada keputusan apa-apa, orang boleh bayangkan apa-apa tapi biarlah UMNO buat keputusan,” kata Mohamad semalam. -AD


bottom of page