• Arissa Azman

PRN Melaka: Mungkin akan menghasilkan sebuah Kerajaan yang tergantung


Berdasarkan statistik keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai kekuatan seimbang.


BN dilihat mempunyai peluang lebih cerah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding mana-mana parti dalam Perikatan Nasional (PN).


Manakala PN pula dilihat sebagai parti baharu yang lemah dari segi jentera dan kurang dikenali oleh masyarakat setempat serta dianggap sebagai sebahagian gabungan parti bersama BN.


Walaubagaimanapun, menurut pemerhatian serta kajian lapangan yang dilakukan oleh pihak media kami, PRN Melaka pada kali ini mungkin tidak menemui titik noktah, sebaliknya parti-parti yang bertanding mungkin akan mempunyai jumlah kemenangan kerusi yang sama.


Pada kajian kami, parti BN yang diramal bakal memenangi 18 daripada 28 kerusi yang dipertanding oleh Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, mungkin hanya akan menang setakat 10 kerusi.


Parti PN pula yang sebelum ini masih belum dapat mengenal pasti jumlah kerusi yang berpotensi untuk dimenangi walaupun selepas seminggu tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, juga mungkin hanya akan memenangi 10 kerusi sahaja yang dipertandingkan.


Manakala parti PH pula, hanya akan memenangi 8 kerusi sahaja walaupun mereka yakin memenangi semua 11 kerusi ditandinginya.


PRN Melaka mungkin akan menghasilkan sebuah Kerajaan yang tergantung dan tidak dapat membentuk sebuah kerajaan.


UMNO sebelum ini yang tidak mahu bekerjasama bersama PN dan mahu bergerak solo dilihat ingin berunding selepas tamat PRN Melaka kerana mereka lihat mereka mempunyai peluang yang tipis untuk menang dan ingin menjadi sebahagian daripada Kerajaan.


Tokmat juga turut dilihat sedang berunding bersama calon-calon BN supaya tidak lompat parti seperti yang dibuat oleh Idris Haron terdahulu sehingga menyebabkan kerajaan Melaka tumbang dan terpaksa membuat PRN.


Namun, rakyat Melaka mahukan perubahan baharu dalam kerajaan mereka dan mereka dilihat lebih cenderung memilih parti Perikatan Nasional yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau dikenali dengan gelaran Abah.


Walaupun pada mulanya mereka dilihat sebagai parti yang lemah, namun rakyat lebih memilih parti tersebut untuk menukar kerajaan baharu dan tidak mahu dimonopolikan oleh parti UMNO.


Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin antara nama besar yang menjadi perhatian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana merupakan calon ‘Heavyweight’ mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.


Mas Ermieyati yang juga bekas Ketua Puteri UMNO keluar daripada UMNO pada 1 Julai 2018, iaitu dua bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum mengemukakan borang keahlian BERSATU kepada bekas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan Disember 2018.


Beliau lihat, pengundi lebih fokus kepada calon berbanding parti dan mereka mahu wakil rakyat yang boleh mereka harapkan, ada latar belakang yang meyakinkan dan berpengalaman untuk memimpin.


"Saya dah masak dengan selok belok politik di Malaysia ini. Trend melihat calon ini sudah disebut-sebut sejak dua tiga bulan lepas. Mungkin kerana mereka agak terkesan dengan apa yang berlaku di peringkat Pusat, Kerajaan Negeri Perak juga ditumbangkan UMNO sendiri,


"Kemudian berlaku di pusat, 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerajaan Negeri Melaka sendiri juga dijatuhkan UMNO. Tindakan ini mungkin menyebabkan mereka tidak percaya kepada parti,"




Arissa Azman

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media,

Mewakili Suara wanita muda generasi Z.